Kenali Empat Sifat Manusia

gambar : carian google



Dalam dunia psikologi terdapat empat jenis sifat manusia, mereka wujud di mana jua termasuklah dalam alam pekerjaaan anda. Jadi hati-hatilah dan cubalah serasikan diri dengan rakan sekerjaya yang tergolong dalam empat perwatakan ini.

Si Popular
Memiliki keperibadian yang menarik, gemar berjenaka, suka menghidupkan suasana, sedikit emosional namun bersikap periang dan penuh bersemangat. Dia juga mempunyai sifat ingin tahu yang kuat. Daripada aspek pekerjaan dia adalah seorang yang sangat kreatif, inovatif, sedia membantu dan menjadi rujukan dan contoh semangat orang lain untuk bekerja. Sebagai rakan dia mudah bergaul, mengasihi orang lain tetapi dalam masa yang sama dia suka dipuji dan sikapnya sangat menyenangkan. Suka kepada kegiatan spontan dia bagaikan seorang pelawak yang sikapnya boleh meredakan stres rakan-rakannya.

Si Sempurna
Gemar berfalsafah dan puitis, serius dan tekun, mendalam perwatakan seorang pemikir. Dia menghargai keindahan dan peka terhadap perasaan orang lain serta bersikap sangat idealis dan juga suka berkorban. Dalam pekerjaan, dia berorientasikan pada jadual, mementingkan kesempurnaan serta memiliki taraf piawaian yang tinggi dan rapi. Setiap pekerjaannya tertib dan tersusun dan akan menyelesaikan apa yang dimulakannya. Sebagai seorang rakan si sempurna ini adalah orang yang setia dan sedia mendengar keluhan tetapi dia sangat berhati-hati bila berkawan. Dia juga sangat perasa dan mudah bersimpati dengan rakannya.

Si Kuat
Berbakat pemimpin, dinamik dan aktif serta mempunyai kemahuan yang kuat dan tegas. Tidak emosional dalam setiap tindakan dan yang pasti tidak mudah putus asa. Satu sifat yang sangat positif adalah tingkah lakunya memancarkan keyakinan, bebas dan berdikari. Dari aspek pekerjaan pula dia sangat berorientasikan matlamat dan gemar melihat gambaran yang menyeluruh dalam setiap tugasan. Pekerjaannya tersusun serta cepat dalam setiap tindakan. Dia juga bijak mendelegasikan pekerjaan dan sangat menekankan kepada hasil pekerjaan. Si Kuat biasanya tidak terlalu bergantung atau memerlukan teman, dia lebih suka memimpin dan biasanya kepimpinan unggul walaupun dalam keadaan darurat.

Pencinta Kedamaian
Individu ini bersikap rendah hati, mudah bergaul dan sangat santai dalam rutin kehidupannya. Dia tetap tenang, sabar, konsisten walaupun menghadapi kerumitan. Dia juga bijak menyembunyikan emosi serta tetap bahagia menerima kehidupan. Dalam aspek pekerjaan pula, dia memiliki kemampuan menjadi pentadbir yang baik. Seboleh yang mungkin dia mahu mencegah masalah serta berusaha menghindari konflik biar pun berada di bawah tekanan. Dia juga sering menemui kaedah yang mudah dalam pekerjaan. Satu lagi sikapnya yang disenangi adalah mudah diajak bergaul, menyenangkan, pendengar yang baik menyebabkan dirinya mempunyai ramai kawan termasuklah diri anda.


Testimoni Pelajar Sesi September 2012 hingga Februari 2013





Sebelum
mengikuti Latihan Kerjaya Motivasi ini saya adalah seorang yang sangat mudah berputus asa dan berfikiran negatif.

Selepas
mengikut Latihan Kerjaya Motivasi saya sangat bersyukur kerana telah merasakan perubahan-perubahan yang berlaku pada diri saya. Selain itu, saya juga amat seronok dan berasa syukur kerana dapat belajar dengan Tuan Haji Nasir iaitu seorang tenaga pengajar yang profesional. Banyak kelemahan diri yang saya perbaiki diatas tunjuk ajar beliau. Sekarang saya lebih positif. 
Latifah bt Hamin | Rompin, Pahang




Sebelum
mengikuti kursus Latihan Kerjaya Menaip, saya tidak tahu apa-apa mengenai kod jari. saya mengambil masa yang lama untuk menaip teks. Saya juga menaip hanya menggunakan tiga jari sahaja, kerana itulah saya mengambil masa yang lama
ketika menaip.



Selepas 
saya mengikuti Latihan Kerjaya Menaip. Saya diperkenalkan dengan cara penggunaan kod jari. Lama kelamaan menggunakan kod jari saya menggunakan kod jari saya berasa amat memudahkan saya dan dapat menaip dengan pantas. Nurul Fazira bt Abd Ghafar | Kuantan, Pahang.



Sebelum saya
mengikuti kursus ini, saya agak sukar untuk menyebut sesuatu perkataan. Bila membaca, saya tidak ambil endah.



Kini saya telah
mempelajari bagaimana cara membaca sesuatu ayat dengan betul. Saya berusaha agar saya mahir membaca dengan betul. Selain membaca dengan sebutan yang betul. Encik Sharif juga mengajar makna perkataan atau ayat dengan betul. Bacaan saya
ada perubahan sebelum mengikuti latihan kerjaya ini. Saya juga tidak gusar jika ada pertanyaan dalam Bahasa Inggeris.
Nur Ain Atilia bt Rusli  |  Cenderawasih Kuantan, Pahang



Sebelum ini
saya langsung tidak pernah mengenali apa itu Trengkas. Setelah saya mengenali Latihan Kerjaya Trengkas daripada Cik Nur Farizan (CF) saya berasa tertarik dan mahu mengikuti latihan ini.



Saya berasa
sangat bersyukur kerana dengan izin-Nya saya berjaya mengikuti Latihan Kerjaya Trengkas. Pada mulanya saya berasa ianya susah. Berkat tunjuk ajar CF saya yakin tiada alasan serta halangan untuk menghadapinya. Fokus dan rajin perlu ada untuk menguasai Latihan Kerjaya Trengkas. Betapa beruntungnya saya kerana
dari seorang yang ‘zero’ dalam latihan ini, kini saya mampu menguasainya. 
Zaidura binti Zainuddin |  Melaka.


Sebelum ini
saya tidak memahami akaun walaupun belajar akaun.


Selepas
mengikuti Latihan Kerjaya Asas Perakaunan saya telah mengetahui banyak perkara tentang asas akaun seperti kiraan untung rugi, kunci kira-kira dan kategori-kategori dalam akaun. Terima kasih kepada tenaga pengajar Encik Sharif Zafar Hashim kerana telah banyak mengajar saya. Akhirnya saya memahami tentang asas
akaun. Raimi Ramizah bt Mahiji  |  Bintulu, Sarawak.







Sebelum ini
saya menggangap penggunaan komputer tidak penting serta saya kurang berminat untuk pelajari penggunaan komputer dan kerana itulah saya tidak mahir menggunakan komputer.


Sememangnya
tidak dinafikan bahawa keadaan pembelajaran yang selesa dan santai membuatkan saya lebih fokus terhadap pembelajaran. Disini saya didedahkan dengan cara penggunaan kod jari, pengelasan folder, fungsi setiap button, mail merge, carta organisasi, slaid show serta banyak lagi. Di IPM tempat yang tepat untuk mempelajari komputer secara praktikal. Saya percaya majikan diluar sana memerlukan individu yang berkemahiran seperti pelatih lepasan IPM. Insya Allah. 
Irna Rofiza bt Mohd Sukeri  |  Bukit Goh, Kuantan.




Pengalaman saya
setelah mengikuti kursus di IPM, saya lebih mahir menaip dan juga mahir menggunakan kod jari. Saya juga diuji dengan kepantasan mengguris trengkas dalam masa 30 minit.

Pada mulanya
gurisan trengkas sangat mencabar. Setelah saya banyakkan latihan mengguris saya dapati saya mudah membuat gurisan. Pengalaman belajar selama 6 bulan pastinya menjadi kursus yang paling baik.

Di IPM saya dilatih bagaimana menjadi seorang kerani atau setiausaha yang berdisiplin. Setiap apa yang saya pelajari pasti saya akan manfaatkannya. Noor Solehah bt Abd Latef  |  Kedah.




Di IPM saya
didedahkan dengan latihan baru iaitu Asas Perakaunan, Pentadbiran Pejabat,
Aplikasi Komputer, Trengkas, Motivasi Kerjaya, Menaip dan English
Communication. Saya banyak menerima ilmu yang saya sendiri tidak jangkakan.

Nur Fatin Aisyah bt Adam  | Kuantan, Pahang.


































Pada mulanya
saya kurang berdisiplin, namun disini saya diterapkan sifat-sifat positif. Saya
sangat bersyukur dengan izin-Nya. Saya salah salah seorang insan bertuah kerana berpeluang
mengikuti kursus kerjaya selama 6 bulan. Cabaran saya paling sukar, saya
menghadapi masalah kewangan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.




Namun itu bukan
alasan untuk berjaya. Kata CF hendak berjaya bukan cari alasan tetapi cari
jalan penyelesaian. Secara tuntasnya, saya merasakan IPM adalah salah satu “gerbang
peneraju ke arah kerjaya” yang berkualiti serta melahirkan individu yang
berkemahiran dan berakhlak murni.

Khomisah bt Mohd Nazari  |  Batu 5 Kuantan Pahang






















Saya telah
didedahkan dengan 6 bentuk latihan. Latihan Motivasi Kerjaya, Asas Perakaunan,
Pentadbiran Pejabat, Aplikasi Komputer, Menaip dan English Communication.
Disamping itu saya telah mengambil latihan tambahan iaitu Trengkas.  Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
tenaga pengajar kerana banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang
kursus ini dijalankan.

Khoirul Bariyah
bt Mohd Nazari  |
Batu 5 KuantanPahang






















Semasa mula
menjejakkan kaki di IPM ilmu Pengurusan Pejabat teramatlah cetek. Setelah
belajar di sini selama 6 bulan banyak ilmu baru yang saya pelajari. Antaranya
pengurusan mesyuarat, pengurusan fail yang betul, Asas Perakaunan, Aplikasi
Komputer. Motivasi Kerjaya membuatkan saya lebih berkeyakinan dalam menjalani
kehidupan seharian.

Nor Izzati bt Mohamad |  Raub, Pahang.

























Pengalaman saya
sepanjang mengikuti kursus di IPM, saya dapat mengetahui pelbagai ilmu yang
tidak saya ketahui seperti mempelajari kaedah kecekapan menaip menggunakan kod
jari. Saya juga mempelajari Aplikasi Komputer iaitu program Microsoft Word dan Microsoft
Power Point. Selain itu saya mempelajari Asas Perakaunan, Motivasi Kerjaya,
Pentadbiran Pejabat dan English Communication. English Communication merupakan
subjek yang paling saya gemari. Di IPM saya dapat menambah ilmu dan pengetahuan.

Nur Zalina bt Abdullah   |  Taman Tas Kuantan, Pahang.
















Di IPM telah
memberi semangat baru dan membuatkan saya merasa berada di pejabat dan suasana
kerja.

Zulaiha bt
Abdul Rahman   |
Taman TasKuantan, Pahang.
















Tutorial : Set Get Notifications IPM



Pastikan anda telah setkan Get Notifications 

Dapatkan info-info secara PERCUMA :
+ Iklan Jawatan Kosong 
+ Jawatan Kosong Segera 
+ Motivasi Kerjaya 
+ KUIZ (ada hadiah lagi..)
+ Ilmiah 

Terima kasih diatas sokongan anda.
Anda hebat dan berjaya.






Doa Solat Tahajjud


































Ramah Mesra Bersama Anak Yatim & Miskin Nur Iman


Antara barisan wakil IPM yang hadir awal.


sebelum memulakan acara tunaikan solat asar 



acara pertama teka kuiz silang kata



acara kedua kuiz ramadan di bahagikan dengan 2 kumpulan
dan dibahagikan kepada 2 sesi
sesi pertama pelajar sekolah rendah 
sesi kedua pelajar sekolah menengah



Encik Uma selaku ketua program dari Briged Bakti



skrin layar sedang ditayangkan syarat 
pertandingan kuiz ramadan



peserta kuiz teka silang kata tekun menjawab 
soalan menguji minda



En Muaz selaku ketua program dari IPM



Cik Dinie sedang memeriksa kertas soalan kuiz ramadan 



turut di bantu oleh Cik Farah Azirah 



Noratikah Shahirah 



peserta sedang berbincang bagi menjawab 
soalan yang di ajukan 



bersungguh-sungguh kumpul ummu fath



anak-anak ini sedang menunggu penyampaian cenderamata 

peserta terbaik yang berjaya menjawab 
teka silang kata



Cikgu dari Nur Iman (kiri) & Bahagian Pengurusan IPM (CF)



Barisan wakil IPM yang turut menyokong program kali ini






Menu lazat Selamat Berbuka Puasa